Tentang CariGali
Mei 26, 2007
Perkembangan blog di Malaysia kini begitu pesat bagaikan cendawan selepas hujan, tanpa mengira jantina atau umur. Beribu-ribu orang menerbitkan entri pada setiap hari. Dalam ribuan entri tersebut sudah tentu ada segenggam yang begitu penting atau bermakna dan tidak sepatutnya diabaikan. Malangnya realiti bukan seperti itu. Entri-entri ini biasanya dapat dinikmati oleh beberapa pengunjung sahaja dan tidak mendapatkan pendedahan yang sepatutnya. Di sinilah CariGali membawa peranan.
Tidak kiralah entri itu merupakan hasil nukilan anda mahupun pihak lain, tambahkannya di CariGali. Anda juga boleh mengundi dan memberi komen kepada entri-entri (yang dipanggil hasil galian setelah ditambah) ini.
CariGali masih dalam peringkat permulaan dan banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memantapkan perkhidmatan kami.
Sebarang komen, saranan, permintaan sila hantarkan ke joe [at] carigali.net